Monday 28 April 2014

Naim Cakna

Assalamualaikum


Sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi, SMKA Naim Lilbanat komited untuk terus menangani isu-isu kecil yang perlu diberi perhatian dan dibendung daripada menjadi barah yang bernanah. Justeru, melalui pendedahan isu-isu ini, diharap para pelajar khususnya dapat mengambil tindakan segera untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan-kegiatan tidak berfaedah ini.

Ingatlah kata-kata pujangga penuh bermakna ini;


Mencegah itu Lebih Baik daripada Mengubati


Isu 1: Budaya hidup bermewahan mendorong pelajar untuk melakukan kegiatan mencuri.


Terdapat segelintir pelajar iaitu 0.2% terlibat di dalam kegiatan mencuri. Kecurian berlaku samada di dalam kelas atau di asrama. Beberapa pelajar dikenalpasti sebagai ingin berbelanja lebih daripada kemampuan. Mereka biasanya suka menggunakan wang tersebut untuk belanja makan kawan-kawan atau untuk membeli pakaian atau kelengkapan.


Isu 2: Kecelaruan emosi akibat cinta remaja adalah berkadar terus dengan kemerosotan pencapaian akademik.


Terdapat segelintir pelajar iaitu 0.5% terlibat di dalam cinta remaja yang membawa kepada kecelaruan emosi yang akhirnya menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik.


Jom sama-sama bantu diri dan rakan-rakan daripada terjebak dengan kegiatan tidak bermoral! :) 


MENCEGAH JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Carta Gantt Aktiviti Tahunan

Assalamualaikum
BIL
AKTIVITI
JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JUL
AUG
SEP
OKT
NOV
DES
1
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kali Pertama












2
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Pertama












3
Pembentukan Ruangan Berita Sudut Pencegahan Jenayah












4
Penyediaan Peti Aduan Kelab Pencegahan Jenayah












5
Ceramah












6
Program Rakan Cop Jenayah












7
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Kedua












8
Bulan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Diri












9
Lawatan












10
Bengkel Pencegahan Jenayah












11
Program Berkembar dengan USC – Kenali Diri Anda












12
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Kedua












13
Seminar Sehari ‘Membentuk Ketrampilan Diri’












14
Program Cerna Nilai-Nilai Murni












15
Kupasan Jenayah












16
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Keempat












17
Peperiksaan Akhir Tahun












18
Cuti Akhir Tahun














MENCEGAH JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA