Assalamualaikum
Akhir-akhir ini bilangan kes jenayah yang
melibatkan murid sekolah didapati meningkat serta membangkitkan kebimbangan
banyak pihak. Gejala anti-sosial ini perlu diberi perhatian serius dan
sewajarnya ditangani secara menyeluruh dan bersepadu oleh semua pihak. Usaha
secara berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan murid
terhadap jenis dan pola pelakuan jenayah yang berubah-ubah mengikut perubahan persekitaran
sosial sekolah.
Sehubungan dengan itu, Kementerian
Pendidikan menyarankan supaya sekolah-sekolah menengah di seluruh negara
menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah masing-masing. Penubuhan Kelab Pencegahan
Jenayah ini adalah di antara langkah yang boleh diambil untuk membangkitkan
kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan berlakunya perbuatan
jenayah dan langkah-langkah mencegahinya. Selain daripada itu, penubuhan kelab
ini juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara sekolah dengan
pihak polis dalam usaha membenteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di
luar kawasan sekolah.
Dalam merancang penubuhan Kelab Pencegahan
Jenayah di sekolah, perhatian
harus diberikan kepada perkara-perkara
seperti berikut:
a. Keutamaan diberikan kepada
sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan yang
berisiko jenayah tinggi.
b. Penubuhan kelab ini tidak bertindih
dengan kelab-kelab lain yang mempunyai
matlamat yang serupa.
c. Penasihat Kelab hendaklah terdiri
daripada guru sekolah dan Pegawai
Perhubungan Polis berperanan sebagai
penasihat pakar luar.
d. Guru penasihat hendaklah menjadi
penggerak utama dan bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap pengurusan, perjalanan
dan pelaksanaan pelbagai
kegiatan kelab.
MENCEGAH JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
No comments:
Post a Comment