Monday, 28 April 2014

Naim Cakna

Assalamualaikum


Sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi, SMKA Naim Lilbanat komited untuk terus menangani isu-isu kecil yang perlu diberi perhatian dan dibendung daripada menjadi barah yang bernanah. Justeru, melalui pendedahan isu-isu ini, diharap para pelajar khususnya dapat mengambil tindakan segera untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan-kegiatan tidak berfaedah ini.

Ingatlah kata-kata pujangga penuh bermakna ini;


Mencegah itu Lebih Baik daripada Mengubati


Isu 1: Budaya hidup bermewahan mendorong pelajar untuk melakukan kegiatan mencuri.


Terdapat segelintir pelajar iaitu 0.2% terlibat di dalam kegiatan mencuri. Kecurian berlaku samada di dalam kelas atau di asrama. Beberapa pelajar dikenalpasti sebagai ingin berbelanja lebih daripada kemampuan. Mereka biasanya suka menggunakan wang tersebut untuk belanja makan kawan-kawan atau untuk membeli pakaian atau kelengkapan.


Isu 2: Kecelaruan emosi akibat cinta remaja adalah berkadar terus dengan kemerosotan pencapaian akademik.


Terdapat segelintir pelajar iaitu 0.5% terlibat di dalam cinta remaja yang membawa kepada kecelaruan emosi yang akhirnya menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik.


Jom sama-sama bantu diri dan rakan-rakan daripada terjebak dengan kegiatan tidak bermoral! :) 


MENCEGAH JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


No comments:

Post a Comment