Monday, 28 April 2014

Carta Organisasi

Assalamualaikum


AHLI JAWATANKUASA (GURU)

PENASIHAT:                    Pn Hajah Maimunah bt Ismail
PENGERUSI:                    Pn Hachinah bt Ahmad
NAIB PENGERUSI 1:       En Md Radzi b Omar
NAIB PENGERUSI 2:       En Mokhtar b Wan Salleh
NAIB PENGERUSI 3:       En Mohd Sayyidi b Zakaria
SETIAUSAHA:                 Pn Rafidah bt Rafi
AJK:                                  Pn Fathiah bt Che Hashim
                                          En Mazihar b Ab Manaf
                                          Semua Penyelaras Tingkatan
                                          Kaunselor
                                          Pengerusi PIBG
                                          Pegawai Perhubungan Polis
                                          Semua Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan

AHLI JAWATANKUASA (PELAJAR)

PENGERUSI:                   Athirah bt Mohd Samshuddin
NAIB PENGERUSI:        Miza Sahira bt Mohamad Nordin
SETIAUSAHA:                Nur Amni Syafiqah bt Azmi
N. SETIAUSAHA:           Nur Aliah Balqis bt Azlan
BENDAHARI:                 Marsya Aida bt Mazlan
N. BENDAHARI:            Siti Nur Adibah bt Mohd Razis
AJK:                                Wan Nor Syafiqah Elina bt Sunaili
                                        Arifah Safiah bt Mukhtar  
                                        Nur Syawalin Alya bt Rozali
                                        Alia Syazwani bt Md Tormizi
                                        Siti Nur Solehah bt Zulkifli
                                        Rafizatul Azni bt Mat Lazin                        



MENCEGAH JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Sunday, 27 April 2014

Lagu KPJ

Assalamualaikum


‘MARI CEGAH JENAYAH’

Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjunjung Rukun Negara
MendukungPeraturan Sekolah

Walau Di Mana Kami Berada
Kami tetap Tunaikan
Amanah, Tanggungjawab Yang Diberi
Bermoral Beretika

C/O     MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
Hidup Bebas Aman Merdeka
Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjunjung RUKUN NEGARA
Mendukung Peraturan Sekolah

Walau Di mana Kami Berada
Kami Tetap Tunaikan
Amanah, Tanggunjawab Yang Diberi
Bermoral Beretika

C/O     MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi jenayah
Tanggungjawab Kita Semua

MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA (2X)
HIDUP BEBAS………….   AMAN MERDEKA ………….!

JOM NYANYI BERSAMA! KLIK DI SINI :) 


MENCEGAH JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Ikrar KPJ

Assalamualaikum

Kami,
Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah,
Malaysia
Berikrar,
Bahawa Kami Akan Berusaha,
Menjadi Ahli Yang Sentiasa Mematuhi,
Peraturan dan Perlembagaan Kelab,
Peraturan Sekolah dan
Undang-undang negara
Demi Memartabatkan Nama Baik Kelab dan Sekolah,
Berlandaskan,
Taat dan Patuh Kepada Ajaran Agama,
Taat dan Patuh Kepada Perlembagaan Kelab dan,
Taat dan Patuh Kepada Peraturan Sekolah,
Kami Berjanji,
Akan Sentiasa Berusaha Menjadi Ahli Yang Berketerampilan,
Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, Amanah,
Dan adil Dalam Melaksanakan Tanggujawab.
Kami Berjanji,
Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk,
Mencegah, Menghindari dan Memerangi Jenayah,
Demi Untuk Kesejahteraan Seluruh Warga Malaysia.


MENCEGAH JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Logo KPJ

Assalamualaikum

Tak kenal maka tak cinta! Jom tambah ilmu tentang logo KPJ! :)




KETERANGAN LOGO

1. Huruf K.P.J ialah singkatan Kelab Pencegahan Jenayah.

2. Bulatan berbentuk mata melambangkan ahli kelab yang sentiasa prihatin terhadap perkembangan persekitaran secara berterusan.

3. Warna MERAH melambangkan keberanian ahli dalam mencegah kegiatan jenayah.

4. Warna BIRU melambangkan perpaduan dalam kalangan ahli.

5. Warna KUNING melambangkan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang negara.

6. Latar belakang berwarna putih melambangkan keikhlasan sumbangan ahli terhadap usaha pencegahan jenayah.


MEMERANGI JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Pengenalan Kelab Pencegahan Jenayah

Assalamualaikum

Latar Belakang KPJ

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat Penubuhan KPJ

1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Moto KPJ

“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”

Objektif KPJ

1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.

2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.

3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.

4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.

5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Peranan Ahli KPJ

Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid

2. Peningkatan Disiplin Murid

3. Perpaduan Murid

4. Patriotisme

5. Jatidiri

Jawatankuasa KPJ

Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:

1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.

2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri

3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)

4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah


MENCEGAH JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Sejarah Penubuhan KPJ di Sekolah-Sekolah di Malaysia

Assalamualaikum

Akhir-akhir ini bilangan kes jenayah yang melibatkan murid sekolah didapati meningkat serta membangkitkan kebimbangan banyak pihak. Gejala anti-sosial ini perlu diberi perhatian serius dan sewajarnya ditangani secara menyeluruh dan bersepadu oleh semua pihak. Usaha secara berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap jenis dan pola pelakuan jenayah yang berubah-ubah mengikut perubahan persekitaran sosial sekolah.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan menyarankan supaya sekolah-sekolah menengah di seluruh negara menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah masing-masing. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah ini adalah di antara langkah yang boleh diambil untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah dan langkah-langkah mencegahinya. Selain daripada itu, penubuhan kelab ini juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara sekolah dengan pihak polis dalam usaha membenteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

Dalam merancang penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah, perhatian
harus diberikan kepada perkara-perkara seperti berikut:

a. Keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan yang
berisiko jenayah tinggi.

b. Penubuhan kelab ini tidak bertindih dengan kelab-kelab lain yang mempunyai
matlamat yang serupa.

c. Penasihat Kelab hendaklah terdiri daripada guru sekolah dan Pegawai
Perhubungan Polis berperanan sebagai penasihat pakar luar.

d. Guru penasihat hendaklah menjadi penggerak utama dan bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap pengurusan, perjalanan dan pelaksanaan pelbagai
kegiatan kelab.

MENCEGAH JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Penubuhan Blog KPJ Naim


Assalamualaikum

Kesinambungan daripada bengkel 'Penyediaan Blog KPJ' yang dianjurkan oleh para pensyarah dan guru pelatih B.Ed TESL MARJON 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPG KKB), maka terhasillah blog KPJ Naim ini. Blog ini dibangunkan oleh dua orang guru pelatih MARJON 2 IPG KKB, Nurul Husna bt Mustafa dan Nurhana bt Abd Nasir. Ini adalah sebagai tanda penghargaan guru pelatih kepada pihak sekolah, SMKA Naim Lilbanat, yang sudi menerima kehadiran guru pelatih selama tiga bulan untuk menjalani praktikal bermula 19 Januari 2014 sehingga 24 April 2014.

Selain itu, blog ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar akan kepentingan mencegah jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Memandangkan SMKA Naim Lilbanat merupakan sekolah kawalan, adalah penting untuk para pelajar mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka dan apakah tindakan yang boleh diambil untuk melindungi mereka daripada terdedah dengan bahaya jenayah.

Diharap agar para pelajar mendapat manfaat daripada penubuhan blog untuk mendapatkan maklumat terkini seterusnya mendidik mereka untuk terus melindungi diri daripada bahaya jenayah.


MENCEGAH JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA